Skip to main content

4 TIPS YANG WAJIB ANDA TAHU UNTUK LIPAT GANDAKAN KEUNTUNGAN HOMESTAY ANDA!



Assalamualaikum & salam hormat 🙂

Artikel kali ini, kami nak berkongsi dengan anda beberapa tips untuk penjimatan dalam pengurusan bisnes homestay. 

Perkongsian ini kami ambil dari tulisan rakan kami, Faridil Atras, yang mana mempunyai 4 tahun pengalaman dalam menguruskan bisnes homestay di Malaysia dan juga Australia.

Jom ikuti tips-tips yang disenaraikan di bawah. Semoga bermanfaat!


#Tip 1

Sekiranya homestay anda mengalami gangguan bau yang kritikal daripada 'Floor Trap' jangan dibiarkan. kerana ia boleh;

a) Menjejaskan prestasi homestay anda.
b) Pelanggan anda akan beranggapan homestay anda kotor walaupun telah dicuci berkali2.
c) Menggalakkan lipas untuk berkeliaran di dalam rumah anda.

That is disgusting, isn't?

Sekiranya anda memanggil plumber, anda akan dikenakan caj.  Sebagai langkah penjimatan, anda boleh menggunakan reuse TILE yang berukuran saiz Floor Trap untuk menutup Foor Trap tersebut. Sila pastikan di bawah Floor Trap tersebut mempunyai ukiran yang memudahkan air mengalir keluar.



#Tip 2

Alat ini perlu ada bagi setiap pengusaha Homestay. Alat ini dipanggil 'Drain Snake Cleaner'. Ia digunakan untuk menolak dan menarik bahan atau sisa yang tersumbat di paip homestay anda. Sekiranya anda ada alat ini, mungkin anda boleh menjimatkan kos plumbing.


#Tip 3


Ramai daripada pengusaha homestay mengeluh bil elektrik naik mendadak seperti penggunaan aircond atau water heater yang tinggi oleh pelanggan homestay mereka. Iyalah sikap mereka kan pelbagai jenis, mestilah homestay anda diasak betul-betul.

Di sinilah peranan pengusaha homestay untuk meng'sekolah'kan pelanggan anda secara ilmiah.

Tahukah anda, dengan me'label'kan beberapa plug point utama seperti suiz heater dan aircond sebagai contoh, boleh menjimatkan banyak kos bil elektrik homestay anda.

'Kenapa perlu kepada labeling ini, sedangkan semua suiz ada fungsinya dan semua boleh dicuba satu persatu?'

Jawapannya adalah kerana;

a) Supaya pelanggan anda tahu kegunaannya. Sebagai contoh, suiz heater disesetengah negara berbeza dgn Malaysia. Di situ lah labeling menjadi panduan asas untuk mereka menekan suiz tersebut. Kerosakkan 'heater tank' lebih mahal jika dibandingkan kos utk anda membuat label.

b) Memudahkan pelanggan anda menggunakan peralatan di homestay anda secara berjimat cermat secara tidak langsung menjimatkan elektrik homestay anda.

c) Tidak menganggu anda di waktu anda sibuk atau tengah-tengah malam kerana satu suiz atau tidak mempunyai manual panduan utk peralatan tertentu. Mungkin anda akan ketawa dengan kenyataan saya ini. Jangan terkejut sekiranya pelanggan anda call ditengah-tengah malam semata-mata tidak tahu menggunakan remote aircond atau TV. Kalau anda rasa selesa, abaikan tip ini 🙂

Nota penting : Sebagai seorang muslim, label arah kiblat jangan dilupai dan ia wajib.



#Tip 4



Ada sesetengah homestay akan menggunakan pinggan kaca sebagai peralatan pinggan mangkuk homestay mereka.

Kebiasaannya yang berlaku, pinggan kaca selalu tak cukup. Jangan salah faham! Hal ini disebabkan pinggan kaca telah dipecahkan oleh pelanggan anda.

Akhirnya menyebabkan anda terlepas pandang dan pinggan mangkuk anda tidak cukup untuk pelanggan anda yang seterusnya.

Persepsi mereka adalah anda tidak menyediakan pinggan secukupnya di homestay anda.

Di sini saya kongsikan satu tip. Iaitu gunakan pinggan mangkuk dan cawan jenis 'milamine' tetapi seakan2 original kaca gitew.

So, selamatlah kos pembelian gantian kaca yang pecah.

Biasa anda boleh dapatkan pinggan milamine jenis ini di MR DIY atau Eco.


*Kredit: Faridil Atras, pemilik rangkaian homestay Fardain Place.
Jika anda berminat untuk belajar tentang pengurusan homestay, Tuan Faridil Atras ada menyediakan ebook panduan bagaimana nak menjalankan bisnes homestay yang betul dan menguntungkan.





Comments

Popular posts from this blog

7 LAMAN WEB PERCUMA UNTUK MEMPROMOSIKAN HOMESTAY ANDA SECARA ONLINE!

Assalamualaikum & salam hormat ðŸ˜Š Terima kasih kerana berminat. Dalam artikel kali ini, kami nak dedahkan pada anda 7 laman web yang boleh memberikan alternatif kepada anda, pemilik homestay, untuk mempromosikan homestay anda secara online. Sebenarnya, selain AirBnb, ada banyak lagi laman web yang boleh membantu anda untuk menyewakan rumah yang anda miliki sebagai penginapan homestay. Jom semak senarai di bawah! Ada 7 website kesemuanya. 1. Booking.com Booking.com dimiliki dan dikendalikan oleh kumpulan Priceline, perintis tempahan penginapan secara online dunia. Lebih 1,000,000 penginapan disediakan dalam Booking.com setiap hari. Tiada yuran pendaftaran dikenakan dan anda disediakan dengan bantuan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu dalam pelbagai pilihan bahasa. Jadi, dengan mudah anda boleh senaraikan homestay anda. Untuk mendaftar di Booking.com, klik di sini ! 2. Hostel Hunting.com Hostel Hunting adalah pasaran dalam talian unt...

MEMPROMOSIKAN HOMESTAY KINI LEBIH MUDAH DENGAN MICROSOFT WORD!

Assalamualaikum & salam hormat ðŸ™‚ Artikel kali ni, kami nak kongsikan pada anda tutorial step by step, bagaimana untuk anda design sendiri flyers homestay anda bagi tujuan promosi. Artikel ni amat sesuai untuk anda yang kurang bajet untuk sediakan bahan promosi. Ini kerana, upah profesional untuk design flyers ni pun dah beratus kat luar sana. Jadi, jalan mudahnya, anda buat sahaja sendiri menggunakan template MS Word. Anda ikut sahaja tutorial ini satu persatu. Ianya sangat mudah, di mana kami hanya bermain dengan fungsi 'shapes' yang dah sedia ada dalam MS Word ni sahaja. Tak perlu install software lain pun. Anda dah bersedia? Jom kita mulakan dengan bismillah! 😊 Step 1 - Kumpul Maklumat Sebelum anda nak design flyer untuk homestay anda, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah apa yang nak diletakkan dalam flyer tu nanti. Jadi, di sini kami senaraikan apa yang perlu anda sediakan sebelum mula design flyer untuk bisnes homestay anda. ...

2 LANGKAH MUDAH UNTUK HADAPI RISIKO KEROSAKAN DAN KECURIAN DI HOMESTAY!

Assalamualaikum & salam hormat 😊 Semalam saya dapat email dari salah seorang pemilik homestay yang menyatakan dia sudah serik menjalankan bisnes homestay kerana homestay beliau pernah dirosakkan oleh penyewa. Sememangnya, ini adalah antara perkara yang paling ditakuti oleh pemilik-pemilik homestay!  Rumah yang disewakan kena sabotaj dan dijahanamkan oleh penyewa yang tidak bertanggungjawab. Kerusi patah, pintu pecah, kabinet ditanggalkan, barang-barang elektrik hilang kena angkut, pinggan mangkuk semua pecah, sinki tercabut, aircond hilang dan pelbagai lagi perkara yang menyebabkan kerugian beribu-ribu ringgit kepada pemilik homestay. Tidak dinafikan, perkara ini memang ada terjadi. Tetapi, keberangkaliannya berlaku adalah sangat kecil. Saya tidak ada statistik berkenaan hal ini, tetapi dari pengalaman saya mengusahakan homestay dan menerima beribu penyewa. Alhamdulilah, tiada kerosakan besar yang saya alami. Sekadar kerusi patah tu pernahlah, itupun b...