Skip to main content

7 NASIHAT FOTOGRAFI INI BOLEH VIRALKAN HOMESTAY ANDA SEPANJANG TAHUN



Assalamualaikum & salam hormat πŸ™‚

Dalam artikel kali ni kami akan kongsikan kepada anda 7 tips berkenaan pengambilan gambar homestay anda untuk tujuan promosi.

Anda pasti pernah dengar bahawa sekeping gambar boleh menggambarkan seribu perkataan. Oleh itu, mengambil gambar homestay anda dengan betul adalah penting untuk first impression yang baik dari bakal pelanggan.

Untuk mendapatkan gambar yang cantik dan berkualiti, tak semestinya anda perlu mempunyai Kamera DSLR atau kamera digital. Telefon mudah alih dengan minimum kamera 8 megapixel pun sudah cukup memadai. Apatah lagi jika kamera telefon anda mempunyai 12 atau 13 megapixel, lagilah bagus kualiti gambar yang terhasil.

Tapi kena ingat, kalau kamera dah bagus, teknik anda pula salah, gambar tetap kurang cantik kan? Takpe, jom ikuti tips-tips di bawah.

1. Bersihkan lensa kamera anda

Ramai antara kita yang mengabaikan perkara asas ni. Bayangkan, dalam satu hari je, anda letak telefon di macam-macam tempat seperti poket anda, atau beg anda dan merata tempat lain lagi.

Tak mustahil ada habuk atau kesan cap jari yang mungkin terdapat pada lensa kamera telefon anda tu. Hal-hal ini akan mengganggu pencahayaan dan menjejaskan imej.

Jadi, tips yang pertama, anda perlulah pastikan lensa kamera anda bersih dari segala kotoran dulu. Bersih dengan menggunakan kain lembut, bukan tisu ya, supaya kanta tidak tercalar dan sekaligus menghasilkan imej yang berkualiti rendah.

2. Tetapkan kedudukan kamera anda

Faktor yang paling penting dalam pengambilan gambar adalah kejelasan imej tersebut. Gambar yang kabur tidak akan mampu untuk menarik perhatian, apatah lagi minat pelanggan.

Untuk mengelakkan ini daripada berlaku, anda perlu mengambil gambar dengan kedua-dua belah tangan memegang kamera atau letakkan sahaja kamera di atas meja dan halakannya ke sudut yang anda mahu snap gambarnya.

Untuk kualiti yang lebih baik, anda di nasihatkan untuk menggunakan tripod telefon. Tetapi ingat, tidak semua model telefon mempunyai reka bentuk tripod untuknya.

3. Set fokus

Ini membantu dalam menjadikan imej kelihatan lebih tajam. Bagaimana nak set fokus? Cukup dengan sentuh skrin telefon anda sehingga persegi kecil (grid) muncul. Subjek anda harus berada di dalam kotak grid kerana ini adalah titik utama imej.

Ianya akan membantu bakal pelanggan anda untuk menumpukan perhatian mereka di kawasan tertentu sahaja, contohnya katil atau ruang tamu homestay anda.

4. Ambil gambar dari pelbagai sudut

Ambil gambar dari sudut yang berbeza dan cari sudut pandangan yang menarik. Kebanyakan dari kita akan mengambil gambar sambil berdiri. Betul? Mulai sekarang, pertimbangkan untuk mengambil imej dari paras bawah atau pandangan atas.

Ambil dalam beberapa shoot untuk setiap sudut, sebabnya kadang-kadang tembakan rambang anda mungkin menghasilkan gambar yang lebih cantik dan menarik tanpa anda sedar.

5. Setting

Terlalu banyak perkara di latar belakang akan mengganggu dan menjadikan penonton kehilangan fokus pada titik utama imej. Jika anda mempunyai latar belakang yang berterabur atau semak, keluarkan objek kerana ia menyebabkan gangguan. Keluarkan perkara seperti tong sampah jika ada dalam imej anda. Jadikan imej anda lebih menarik dilihat oleh pelanggan.

6. Elak guna Flash

Bila anda ambil gambar indoor, gambar akan jadi gelap sebab tak cukup pencahayaan. Kami nasihatkan anda untuk buka langsir supaya cerah berbanding guna flash.

Hal ini kerana, kita nak gambar yang di ambil kelihatan semulajadi dan real. Flash akan menyebabkan warna imej terlalu terang dan berkilat. Jadi, tips dari kami, sentiasa gunakan cahaya semulajadi untuk menerangi subjek imej anda.

7. Ambil gambar melintang

Adalah lebih baik untuk mengambil gambar rumah anda secara melintang supaya pelanggan dapat lihat dengan lebih baik. Kalau anda perasan, imej yang di paparkan di web kebanyakannya mendatar.

Ini kerana, pelanggan anda melihat imej dari sisi ke sisi, bukan atas ke bawah. Selain tu, jika pelanggan anda melawati laman web di desktop mereka, gambar secara melintang akan kelihatan lebih cantik dan menarik kerana dekstop merupakan medium mendatar.

***
Sebenarnya ada banyak lagi tips untuk ambil gambar homestay ni. Kami baru kongsikan 5% sahaja daripada perkongsian tuan Faridil Atras dalam ebook panduan homestay.

Jika anda berminat nak tahu banyak lagi tips pengurusan bisnes homestay, boleh dapatkan ebook panduan homestay melalui link di bawah:

Comments

Popular posts from this blog

7 LAMAN WEB PERCUMA UNTUK MEMPROMOSIKAN HOMESTAY ANDA SECARA ONLINE!

Assalamualaikum & salam hormat πŸ˜Š Terima kasih kerana berminat. Dalam artikel kali ini, kami nak dedahkan pada anda 7 laman web yang boleh memberikan alternatif kepada anda, pemilik homestay, untuk mempromosikan homestay anda secara online. Sebenarnya, selain AirBnb, ada banyak lagi laman web yang boleh membantu anda untuk menyewakan rumah yang anda miliki sebagai penginapan homestay. Jom semak senarai di bawah! Ada 7 website kesemuanya. 1. Booking.com Booking.com dimiliki dan dikendalikan oleh kumpulan Priceline, perintis tempahan penginapan secara online dunia. Lebih 1,000,000 penginapan disediakan dalam Booking.com setiap hari. Tiada yuran pendaftaran dikenakan dan anda disediakan dengan bantuan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu dalam pelbagai pilihan bahasa. Jadi, dengan mudah anda boleh senaraikan homestay anda. Untuk mendaftar di Booking.com, klik di sini ! 2. Hostel Hunting.com Hostel Hunting adalah pasaran dalam talian unt...

MEMPROMOSIKAN HOMESTAY KINI LEBIH MUDAH DENGAN MICROSOFT WORD!

Assalamualaikum & salam hormat πŸ™‚ Artikel kali ni, kami nak kongsikan pada anda tutorial step by step, bagaimana untuk anda design sendiri flyers homestay anda bagi tujuan promosi. Artikel ni amat sesuai untuk anda yang kurang bajet untuk sediakan bahan promosi. Ini kerana, upah profesional untuk design flyers ni pun dah beratus kat luar sana. Jadi, jalan mudahnya, anda buat sahaja sendiri menggunakan template MS Word. Anda ikut sahaja tutorial ini satu persatu. Ianya sangat mudah, di mana kami hanya bermain dengan fungsi 'shapes' yang dah sedia ada dalam MS Word ni sahaja. Tak perlu install software lain pun. Anda dah bersedia? Jom kita mulakan dengan bismillah! 😊 Step 1 - Kumpul Maklumat Sebelum anda nak design flyer untuk homestay anda, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah apa yang nak diletakkan dalam flyer tu nanti. Jadi, di sini kami senaraikan apa yang perlu anda sediakan sebelum mula design flyer untuk bisnes homestay anda. ...

2 LANGKAH MUDAH UNTUK HADAPI RISIKO KEROSAKAN DAN KECURIAN DI HOMESTAY!

Assalamualaikum & salam hormat 😊 Semalam saya dapat email dari salah seorang pemilik homestay yang menyatakan dia sudah serik menjalankan bisnes homestay kerana homestay beliau pernah dirosakkan oleh penyewa. Sememangnya, ini adalah antara perkara yang paling ditakuti oleh pemilik-pemilik homestay!  Rumah yang disewakan kena sabotaj dan dijahanamkan oleh penyewa yang tidak bertanggungjawab. Kerusi patah, pintu pecah, kabinet ditanggalkan, barang-barang elektrik hilang kena angkut, pinggan mangkuk semua pecah, sinki tercabut, aircond hilang dan pelbagai lagi perkara yang menyebabkan kerugian beribu-ribu ringgit kepada pemilik homestay. Tidak dinafikan, perkara ini memang ada terjadi. Tetapi, keberangkaliannya berlaku adalah sangat kecil. Saya tidak ada statistik berkenaan hal ini, tetapi dari pengalaman saya mengusahakan homestay dan menerima beribu penyewa. Alhamdulilah, tiada kerosakan besar yang saya alami. Sekadar kerusi patah tu pernahlah, itupun b...