Assalamualaikum & salam hormat π
Dalam artikel kali ini, kami nak kongsikan kepada anda bagaimana untuk anda dapatkan extra income daripada perusahaan homestay yang anda jalankan. Boleh lah buat tampung bil air atau bil elektrik homestay, kan boleh dapat untung lebih kat situ π
Idea ini kami dapat hasil dari perkongsian kawan kami, tuan Faridil Atras, pemilik rangkaian homestay Fardain Place.
Jom ikuti bagaimana anda boleh jana extra income dengan menjual barangan ini di homestay anda!
Minuman - Tak kisah lah apa jenis minuman yang anda nak letak dalam peti ais homestay anda, tapi ia pasti terlajak laris. Iyalah, tak perlu lah mereka nak menapak ke kedai untuk setin atau sekotak air.
Air kotak, air tin atau air mineral ni mudah jer untuk anda dapatkan di pasaraya atau kedai borong dengan harga yang murah. Jangan lupa label harga dan cara bayaran, supaya nanti tetamu anda tahu ianya adalah jualan bukan percuma.
Makanan ringan - Boleh jadi kudapan tetamu anda sebelum tido atau sambil berehat menonton televisyen selepas penat dengan aktiviti siang hari. Makanan ni anda boleh beli dari kedai pemborong makanan runcit je. Letak label, sebungkus RM0.30 sebagai contoh. Cara bayaran? Ikut keselesaan dan kreativiti anda.
Kekacang & Kerepek - Ini satu lagi contoh makanan kudapan yang boleh anda jual di homestay. Nak dapat pun senang, di kedai pemborong makanan runcit pasti ada. Tetamu anda pun pasti suka, boleh beli untuk bekalan semasa jalan-jalan. Tak percaya? Cuba lah!
Mee segera - Ini pun salah satu hot produk yang boleh anda jual di homestay anda. Tetamu yang kelaparan di tengah-tengah malam, tambah pula jika homestay anda jauh dari pekan atau kedai, mee segera pasti menjadi pilihan untuk santapan. Mudah dan cepat disediakan.
Jadi, itulah dia 4 jenis barangan yang boleh anda cuba jual. Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk anda dapatkan extra income dari perusahaan homestay anda. Apa yang kami terangkan ini cuma salah satu kaedah yang di kongsikan oleh tuan Faridil Atras dalam ebook panduan homestay beliau.
Jika anda berminat untuk tahu lebih lagi tentang cara jana duit tepi dari bisnes homestay ni, anda boleh lah dapatkan ebook panduan homestay tersebut dengan klik pada link di bawah.

>> Ebook Panduan Homestay <<
Comments
Post a Comment