Skip to main content

RAKYAT MALAYSIA KINI BOLEH MENGUSAHAKAN HOMESTAY DARI JARAK JAUH DENGAN MUDAH & SELAMAT




Assalamualaikum & salam hormat πŸ™‚

Dalam artikel kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda satu kaedah pengurusan homestay yang semakin mendapat tempat di kalangan pengusaha homestay harini. Terutama buat penguasaha yang sentiasa sibuk dengan kerja hakiki atau pun tidak tinggal di sekitar kawasan homestay mereka. Tetamu pula tiba tidak tentu masa.

Kaedah ini di panggil 'self check in' atau daftar masuk layan diri. Ada sesetengah pengusaha homestay yang meletakkan kunci di dalam mesin yang mempunyai password. Persoalannya, adakah kaedah ini selamat dan bagus? Dan bagaimana anda boleh dapatkan alat tersebut? 

Jom ikuti perkongsian di bawah!



Key Safety Box ini kebiasaannya menjadi pilihan pemilik homestay 'landed house' seperti rumah teres, semi D dan sebagainya. Alat ini boleh di dapati dengan mudah samada secara online di Lazada atau Shopee, mahupun offline seperti di Mr DIY, pasaraya Giant atau Tesco. Pemasangannya boleh dilakukan sendiri, samada dengan drill pada pintu atau dinding, ataupun guna double side tape yang kuat.

Anda hanya perlu berikan password pada tetamu anda untuk dapatkan kunci yang anda letakkan di dalam box ini. Untuk menjamin keselamatan, anda di nasihatkan untuk tukar password setiap sebulan atau tiga bulan sekali, bergantung. 



Smart Lock System ini lebih canggih dan lebih memudahkan. Jika anda punya bajet lebih untuk perusahaan homestay anda, kaedah ini sangat disarankan. Kos keseluruhan bagi kaedah ini adalah sekitar seribu ringgit ke atas (alat, installation dan  set up aplikasi telefon).

Anda hanya perlu berikan passcode sahaja kepada tetamu menerusi whatsapp atau sms sebagai kunci. Passcode ini anda boleh generate melalui aplikasi telefon dan ada period of time untuk reset semula.

Walaubagaimanapun, kaedah ini juga mempunyai kekurangan. Antaranya, anda perlu keluarkan kos lagi untuk trouble shoot jika ada kerosakan. Kedua, anda perlu educate tetamu anda tentang cara penggunaan samada melalui video atau sebagainya. Ini bagi mengelakkan passcode anda terlock. 


Inilah 2 kaedah self check in yang anda boleh gunakan untuk pengurusan homestay dari jarak jauh. Kaedah ini memudahkan anda untuk menerima kunjungan tetamu yang daftar masuk tak tentu masa. 

Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang kaedah pengurusan homestay jarak jauh ini, boleh lah dapatkan ebook panduan homestay tulisan tuan Faridil Atras. Beliau ada kongsikan bagaimana beliau menguruskan daftar masuk 8 rangkaian homestay beliau setiap hari tanpa perlu berjumpa dengan tetamu.

Anda boleh dapatkan ebook panduan tersebut dengan klik pada link di bawah.








Comments

Popular posts from this blog

7 LAMAN WEB PERCUMA UNTUK MEMPROMOSIKAN HOMESTAY ANDA SECARA ONLINE!

Assalamualaikum & salam hormat πŸ˜Š Terima kasih kerana berminat. Dalam artikel kali ini, kami nak dedahkan pada anda 7 laman web yang boleh memberikan alternatif kepada anda, pemilik homestay, untuk mempromosikan homestay anda secara online. Sebenarnya, selain AirBnb, ada banyak lagi laman web yang boleh membantu anda untuk menyewakan rumah yang anda miliki sebagai penginapan homestay. Jom semak senarai di bawah! Ada 7 website kesemuanya. 1. Booking.com Booking.com dimiliki dan dikendalikan oleh kumpulan Priceline, perintis tempahan penginapan secara online dunia. Lebih 1,000,000 penginapan disediakan dalam Booking.com setiap hari. Tiada yuran pendaftaran dikenakan dan anda disediakan dengan bantuan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu dalam pelbagai pilihan bahasa. Jadi, dengan mudah anda boleh senaraikan homestay anda. Untuk mendaftar di Booking.com, klik di sini ! 2. Hostel Hunting.com Hostel Hunting adalah pasaran dalam talian unt...

MEMPROMOSIKAN HOMESTAY KINI LEBIH MUDAH DENGAN MICROSOFT WORD!

Assalamualaikum & salam hormat πŸ™‚ Artikel kali ni, kami nak kongsikan pada anda tutorial step by step, bagaimana untuk anda design sendiri flyers homestay anda bagi tujuan promosi. Artikel ni amat sesuai untuk anda yang kurang bajet untuk sediakan bahan promosi. Ini kerana, upah profesional untuk design flyers ni pun dah beratus kat luar sana. Jadi, jalan mudahnya, anda buat sahaja sendiri menggunakan template MS Word. Anda ikut sahaja tutorial ini satu persatu. Ianya sangat mudah, di mana kami hanya bermain dengan fungsi 'shapes' yang dah sedia ada dalam MS Word ni sahaja. Tak perlu install software lain pun. Anda dah bersedia? Jom kita mulakan dengan bismillah! 😊 Step 1 - Kumpul Maklumat Sebelum anda nak design flyer untuk homestay anda, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah apa yang nak diletakkan dalam flyer tu nanti. Jadi, di sini kami senaraikan apa yang perlu anda sediakan sebelum mula design flyer untuk bisnes homestay anda. ...

2 LANGKAH MUDAH UNTUK HADAPI RISIKO KEROSAKAN DAN KECURIAN DI HOMESTAY!

Assalamualaikum & salam hormat 😊 Semalam saya dapat email dari salah seorang pemilik homestay yang menyatakan dia sudah serik menjalankan bisnes homestay kerana homestay beliau pernah dirosakkan oleh penyewa. Sememangnya, ini adalah antara perkara yang paling ditakuti oleh pemilik-pemilik homestay!  Rumah yang disewakan kena sabotaj dan dijahanamkan oleh penyewa yang tidak bertanggungjawab. Kerusi patah, pintu pecah, kabinet ditanggalkan, barang-barang elektrik hilang kena angkut, pinggan mangkuk semua pecah, sinki tercabut, aircond hilang dan pelbagai lagi perkara yang menyebabkan kerugian beribu-ribu ringgit kepada pemilik homestay. Tidak dinafikan, perkara ini memang ada terjadi. Tetapi, keberangkaliannya berlaku adalah sangat kecil. Saya tidak ada statistik berkenaan hal ini, tetapi dari pengalaman saya mengusahakan homestay dan menerima beribu penyewa. Alhamdulilah, tiada kerosakan besar yang saya alami. Sekadar kerusi patah tu pernahlah, itupun b...