Skip to main content

7 LAMAN WEB PERCUMA UNTUK MEMPROMOSIKAN HOMESTAY ANDA SECARA ONLINE!



Assalamualaikum & salam hormat ๐Ÿ˜Š

Terima kasih kerana berminat. Dalam artikel kali ini, kami nak dedahkan pada anda 7 laman web yang boleh memberikan alternatif kepada anda, pemilik homestay, untuk mempromosikan homestay anda secara online.

Sebenarnya, selain AirBnb, ada banyak lagi laman web yang boleh membantu anda untuk menyewakan rumah yang anda miliki sebagai penginapan homestay.

Jom semak senarai di bawah! Ada 7 website kesemuanya.



1. Booking.com

Booking.com dimiliki dan dikendalikan oleh kumpulan Priceline, perintis tempahan penginapan secara online dunia. Lebih 1,000,000 penginapan disediakan dalam Booking.com setiap hari. Tiada yuran pendaftaran dikenakan dan anda disediakan dengan bantuan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu dalam pelbagai pilihan bahasa. Jadi, dengan mudah anda boleh senaraikan homestay anda. Untuk mendaftar di Booking.com, klik di sini!



2. Hostel Hunting.com

Hostel Hunting adalah pasaran dalam talian untuk penginapan pelajar, dan merupakan yang pertama seumpamanya. Laman web ini diterajui oleh Loke Weng Leong, Keek Wen Khai (lebih dikenali sebagai Khai), Joey Lim dan Marcus Low. Ia kini merupakan cara terpantas dan paling mudah untuk mencari dan menempah bilik pelajar.

Menyediakan beribu-ribu bilik yang mendapat pengesahan dari pemilik/pengendali asrama dan institusi pendidikan, laman web ini sangat berguna untuk anda yang memiliki rumah berhampiran universiti atau kolej, dan membuka sewaan untuk pelajar.

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian, kerana menurut laporan, pihak Hostel Hunting tidak terlibat dalam perjanjian penyewaan. Ini bermakna, anda dan penyewa perlu membuat pengaturan dalam perjanjian dengan sendiri.



3. Rental by Tripadvisor

Laman web ini telah dikuasakan oleh TripAdvisor.Inc. Perkhidmatan penyewaan  melalui TripAdvisor dapat membantu anda mendapatkan pendedahan kepada lebih dari 350 juta pelancong sebulan. Anda perlu membayar komisen tempahan sebanyak 3% (tidak termasuk nilai tambah cukai) dari kos sewa yang telah anda tetapkan pada akaun anda.

Ia adalah antara yang termudah. Anda hanya perlu menyenaraikan rumah anda dan apabila tetamu anda tiba, anda akan menerima bayaran dari syarikat dalam tempoh 24 jam kemudian.



4. VRBO from HomeAway

VRBO boleh menawarkan pendedahan kepada lebih daripada 44 juta pelancong setiap bulan melalui rangkaian antarabangsanya yang merangkumi 25 tapak di seluruh dunia. 

Laman web ini menawarkan servis yang cukup menarik, kerana ruang sewa anda tidak terhad kepada rumah sahaja untuk disenaraikan di VRBO. Mengikut laman webnya, mereka juga menerima sewaan bentuk lain seperti bot, kabin, istana dan apa sahaja yang ingin disewa pelancong semasa percutian mereka.

5. DurianProperty

Durian Property ini adalah laman web tempatan yang popular untuk hartanah. Anda boleh menghantar iklan homestay anda di laman web ini secara percuma. Selain itu, laman web ini juga boleh anda gunakan untuk meneroka rangkaian ejen hartanah dan pemaju. Ia juga sebenarnya boleh di manfaatkan oleh penduduk setempat bagi mencari rumah untuk disewa.



6. iBilik

Berikut adalah satu lagi laman web tempatan yang menawarkan pendedahan kepada sebahagian besar pasaran di Malaysia. Selepas anda menyenaraikan rumah anda, permohonan anda akan diluluskan dalam tempoh dua hari bekerja.

Kemudian, pasukan iBilik.my akan mengambil alih semuanya termasuklah pengendalian promosi, tempahan dalam talian, dan pengumpulan pembayaran rumah/homestay anda. Anda hanya perlu duduk dan menunggu ketibaan tetamu sahaja. Itu sahaja  langkah yang anda perlu buat untuk menyenaraikan homestay anda sebagai sewaan penginapan jangka pendek di iBilik ni.



7. Homestay.com

Homestay.com adalah pasaran penginapan yang direka untuk menyambungkan tetamu ke tuan rumah tempatan di lebih 150 buah negara, dan Malaysia adalah salah satu negara yang tersenarai. Salah satu ciri uniknya ialah alat berbual video laman web yang membolehkan tetamu dan tuan rumah berkomunikasi walaupun sebelum membuat tempahan.

Dengan membuat akaun dan melengkapkan profil anda dengan seberapa banyak maklumat yang mungkin, anda akan dapat berjumpa pengembara dari seluruh dunia sambil mendapatkan pendapatan tambahan! Jangan lupa untuk meletakkan rumah atau homestay anda dengan keadaan terbaik untuk mendapatkan kadar terbaik di pasaran dengan jumlah wang yang cukup lumayan!

Baiklah. Kami dah kongsikan 7 laman web yang anda boleh pilih untuk senaraikan dan promosikan homestay anda secara online, selain dari website AirBnb.

Sekarang ni apa yang anda perlu lakukan adalah buat research, research dan research untuk kenalpasti laman web yang sesuai dengan citarasa dan matlamat anda.

Tak tau nak buat research? belum pandai lagi macam mana nak buat dan risau nak daftar?
Anda boleh belajar sendiri, atau untuk jimat masa, anda boleh dapatkan Ebook Panduan Homestay, tulisan tuan Faridil Atras.
Beliau ada kongsikan 30 laman web yang boleh anda gunakan dan mendaftar untuk mempromosikan homestay anda. 
Lebih menarik, beliau juga ada sharekan link pendaftaran di website Booking.com yang boleh menjimatkan anda dari dikenakan bayaran komisyen untuk 5 tempahan pertama yang anda terima menerusi website tersebut.
Ada satu bab khas! Beliau share teknik mempromosikan homestay anda menggunakan WhatsApp. Siap dengan template ayat-ayat sekali  diberi! Anda cuma tinggal copy & paste sahaja!

Jika berminat, anda boleh dapatkan ebook panduan homestay yang lengkap dari A to Z tersebut di sini:




Regards,
Team Infotrend Niaga

Comments

  1. Mencari Homestay-Homestay di Malaysia? Takut kena scam? Jangan risau “Stay2Book” ada satu platform website yang memudahkan pihak pelanggan untuk mencari penginapan.
    Kelebihan platform website “Stay2Book” ni?
    ๐Ÿ”บ Semua Vendor dalam platform ni dah adalah “Owner Property” verify.
    ๐Ÿ”บ Boleh terus tengok Homestay & berhubung terus dengan Owner tanpa rasa takut ditipu.
    ๐Ÿ”บ Boleh tahu terus lokasi homestay atau penginapan tersebut.
    ๐Ÿ”บ Bayaran dibuat terus melalui platform “Stay2Book” dan hanya dibayar kepada “Owner Property” selepas tiada isu penipuan.
    Disclaimer :
    Hanya penginapan - penginapan yang sah sahaja akan diluluskan.
    ๐Ÿ‘SHARE website ni untuk memudahkan orang ramai mencari pilihan homestay atau penginapan yang bersesuaian mengikut kawasan.
    https://stay2book.com
    https://stay2book.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MEMPROMOSIKAN HOMESTAY KINI LEBIH MUDAH DENGAN MICROSOFT WORD!

Assalamualaikum & salam hormat ๐Ÿ™‚ Artikel kali ni, kami nak kongsikan pada anda tutorial step by step, bagaimana untuk anda design sendiri flyers homestay anda bagi tujuan promosi. Artikel ni amat sesuai untuk anda yang kurang bajet untuk sediakan bahan promosi. Ini kerana, upah profesional untuk design flyers ni pun dah beratus kat luar sana. Jadi, jalan mudahnya, anda buat sahaja sendiri menggunakan template MS Word. Anda ikut sahaja tutorial ini satu persatu. Ianya sangat mudah, di mana kami hanya bermain dengan fungsi 'shapes' yang dah sedia ada dalam MS Word ni sahaja. Tak perlu install software lain pun. Anda dah bersedia? Jom kita mulakan dengan bismillah! ๐Ÿ˜Š Step 1 - Kumpul Maklumat Sebelum anda nak design flyer untuk homestay anda, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah apa yang nak diletakkan dalam flyer tu nanti. Jadi, di sini kami senaraikan apa yang perlu anda sediakan sebelum mula design flyer untuk bisnes homestay anda.

TUKAR BENDA NI! HOMESTAY ANDA AKAN TERUS NAMPAK AWESOME!

Assalamualaikum & salam hormat ๐Ÿ™‚ Apa khabar hari ini? Harapnya anda dalam keadaan yang sentiasa ceria dan gembira! Hari ini saya nak share sedikit tips yang saya tulis dalam salah sebuah ebook bonus tambahan. Anda akan dapat bersama-sama dengan ebook panduan homestay. Ebook ni bertajuk 10 Rahsia Pelaris Homestay! Okey, berbalik pada tips tadi. Tips ini adalah yang pertama dalam senarai 10 rahsia yang saya berikan. Ianya berkenaan hiasan dalaman homestay! Sebenarnya ada satu benda yang sangat memberikan impak yang besar pada sesebuah homestay. Jika anda tukarkan satu benda ini sahaja pun, ianya sudah mampu menarik minat orang  ramai untuk tinggal di homestay anda. Benda tersebut ialah.... Kain Cadar! Ya! Kain Cadar! Saya lihat, ramai pengusaha homestay yang mengabaikan perkara ini. Mereka hanya menggunakan cadar katil yang murah yang kurang menarik seperti gambar dibawah untuk menghias bilik tidur homestay mereka. Sebolehnya, cuba