Assalamualaikum & salam hormat 🙂
Artikel kali ni, kami nak kongsikan pada anda tutorial step by step, bagaimana untuk anda design sendiri flyers homestay anda bagi tujuan promosi.
Artikel ni amat sesuai untuk anda yang kurang bajet untuk sediakan bahan promosi. Ini kerana, upah profesional untuk design flyers ni pun dah beratus kat luar sana. Jadi, jalan mudahnya, anda buat sahaja sendiri menggunakan template MS Word.
Anda ikut sahaja tutorial ini satu persatu. Ianya sangat mudah, di mana kami hanya bermain dengan fungsi 'shapes' yang dah sedia ada dalam MS Word ni sahaja. Tak perlu install software lain pun.
Anda dah bersedia? Jom kita mulakan dengan bismillah! 😊
Step 1 - Kumpul Maklumat
Sebelum anda nak design flyer untuk homestay anda, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah apa yang nak diletakkan dalam flyer tu nanti. Jadi, di sini kami senaraikan apa yang perlu anda sediakan sebelum mula design flyer untuk bisnes homestay anda.
[1] Gambar penuh homestay (1 keping)
[2] Gambar ciri-ciri homestay anda cthnya: bilik tidur, bilik air dan lain-lain ( 3 keping)
[3] Maklumat berkenaan homestay anda
[4] Maklumat tentang kemudahan yang homestay anda sediakan
[5] Lokasi / Alamat
[6] Nombor telefon
Step 2 - Mulakan Projek Design Flyer
Buka Ms Word (Start>Programs>Microsoft Word) dan buat flyer dokumen yang baru (File>New>Blank Document).
Step 3 - Masukkan Shape Areas
Flyer ini dibuat menggunakan ciri 'shape' yang terdapat dalam Ms Word. Untuk menambahkan 'shape', pergi kepada (Insert>Shapes) dan anda akan jumpa pelbagai jenis 'shapes' yang tersedia.
Sekarang, klik pada 'Rectangle shapes' kerana kita hanya gunakan bentuk ini sahaja untuk hasilkan flyers tu nanti.
Buat dua bentuk 'rectangle shapes' dan letakkannya seperti ini.
'Shape' yang pertama
'Shape' yang kedua
Anda boleh pusingkan (rotate) bentuk ini dengan tekan pada bulatan hijau dibahagian atas bentuk tersebut dan tarik mengikut kesesuaian anda.
Dengan dua kali klik diatas dua kawasan ini, anda boleh menukar garis luar dan juga dalamannya seperti (solid colors, gradients, patterns, pictures) atau tambahkan kesan lain seperti (shadows, 3D effects) daripada menu Format.
Shape fill
Step 4 - Tambah Gambar
Sekarang bila anda siap susun bentuk-bentuk tadi dalam posisi yang anda mahu, anda boleh mula letakkan gambar. Untuk menambah gambar, pergi kepada (Insert > Picture).
Cari gambar yang anda mahukan dalam folder simpanan gambar anda. Kami sarankan untuk anda letakkan gambar keseluruhan homestay dan juga gambar tiga ciri istimewa dalam homestay anda.
Selepas gambar siap di masukkan, klik gambar tersebut, dan seterusnya pergi ke (Format > Wrap Text > In Front of Text). Ini akan membolehkan anda meletakkan dan menggerakkan gambar tersebut dengan mudah.
Anda juga boleh letakkan gambar tadi di hadapan atau di belakang ayat dengan tekan gambar tersebut dan klik di sini.
Wrap text
Wrap text in front of text
Anda juga boleh letakkan gambar tadi di hadapan atau di belakang ayat dengan tekan gambar tersebut dan klik di sini.
Arrange
Susun gambar anda hingga kelihatan seperti di bawah.
Step 5 - Tambah Logo/Headline
Sekarang, anda boleh tambahkan logo untuk homestay anda (Bagi anda masih tidak mempunyai logo sahaja). Kita akan gunakan ciri 'shapes' dan 'text box' untuk hasilkan logo dalam flyer ini. Pertama sekali, tambahkan bentuk oval dan letakkannya dibahagian tengah gambar headline.
Tambah bentuk Oval
Sekarang, kita nak jadikan bentuk Oval tadi transparent. Jadi, anda hanya 'right click' dan pilih 'format shapes'.
Satu kotak bertulis 'format shapes' akan muncul. Anda pergi ke 'transparency bar' dan ejas ikut tahap transparency yang anda mahu. Dalam tutorial ni, kami pilih 40% transparency, warna hitam dan pilih untuk tidak gunakan line (no line).
Format shape
Bentuk anda akan jadi lebih kurang seperti berikut.
Kemudian, untuk meletakkan perkataan dalam logo, pergi kepada (Insert > Text box) dan letakkannya di hadapan bentuk oval yang telah anda buat sebelum ini. Tuliskan nama homestay anda padanya.
Cuba ubahsuai text anda untuk kelihatan seperti di bawah ini.
Demo text
Step 6 - Masukkan Maklumat Berkaitan
Untuk hasilkan text, anda hanya perlu pergi kepada (Insert > Text Box > Simple Text Box). Kemudian, letakkan text box di mana-mana tempat yang anda mahukan. Kita akan masukkan maklumat berkaitan homestay di dalam text box ini.
Simple text box
Kemudian, untuk menghilangkan warna putih latar belakang text box tadi, anda hanya perlu klik text box tersebut dan pergi kepada (Format > Shape Fill > No Fill). Ini akan menghilangkan warna dalam textbox. anda juga boleh menghilangkan bingkai/garis luar text box tadi dengan klik pada (Shape Outline > No Outline).
Shape fill & line fill
Sekarang masukkan maklumat yang berkaitan dengan homestay anda di sana. Cuba untuk jadikan text tersebut seperti dalam gambar di bawah.
Text demo
Selain itu, jika anda mempunyai peta untuk lokasi homestay anda dan anda mahu masukkan di dalam flyer, cuba untuk letakkan gambar peta tersebut seperti gambar di bawah ini.
Step 7 - Simpan Projek
Klik pada ikon save di bahagian atas Ms Word dan pilih nama serta format fail yang anda rasakan sesuai. Jika anda hendak mencetak flyer ini, kami sarankan anda untuk save dalam format PDF.
Simpan dalam format Pdf
Beginilah hasilnya flyer anda setelah siap. Mudah bukan? Anda boleh siapkan dalam masa tidak sampai pun 30 minit.
Selain flyers, anda juga boleh menyediakan dokumen pengurusan homestay anda yang lain seperti invois, resit, borang checklist, borang perjanjian penyewaan, borang perjanjian deposit, borang tempahan dan borang maklumbalas, hanya dengan menggunakan Ms Word.
Anda hanya perlu luangkan sedikit masa untuk design dokumen-dokumen tersebut atau boleh juga usaha untuk cari template percuma di internet (jika ada).
Tapi, kalau anda nak mudah dan jimat masa, tuan Faridil Atras ada menyediakan template untuk kesemua dokumen pengurusan homestay ni.
Beliau berikan secara PERCUMA sahaja! Sebagai bonus, tanda penghargaan kepada anda yang mendapatkan Ebook Panduan Homestay tulisannya.
Anda dah tak perlu susah payah, semuanya dalam Ms Word. Anda hanya tukar logo, nama dan alamat homestay anda sahaja.
Jika berminat, anda boleh dapatkan Ebook Panduan Homestay tersebut dengan klik link di bawah ni:
>> Ebook Panduan Homestay <<
Regards,
Team Infotrend Niaga
Comments
Post a Comment