Skip to main content

7 ITEM MUDAH LUPA UNTUK TETAMU HOMESTAY ANDA!



Assalamualaikum & salam hormat ðŸ™‚

Terlupa untuk bawa sesuatu barang semasa travel atau bercuti adalah satu perkara biasa yang berlaku. Perkara sebegini boleh mengganggu keseronokan percutian sesetengah orang. Tapi, sebagai tuan rumah atau lebih tepat sebagai pemilik homestay, ini adalah satu peluang untuk anda mendapatkan penilaian terbaik dan memberikan kepuasan pada pelanggan homestay anda.

Ambil perhatian para penguasaha homestay - Menyediakan homestay anda dengan barangan mudah lupa seperti senarai di bawah, boleh mengagumkan dan menyenangkan hati tetamu homestay anda. Jangan terkejut jika homestay anda mampu menerima tempahan setiap hari, hasil review mulut ke mulut dari mereka yang berpuas hati dengan segala kemudahan di homestay anda.



Kelengkapan Mandi - Kami bercakap tentang deodoran, ubat gigi, sabun, sikat, gunting kuku, dan sebagainya. Ini adalah jenis-jenis keperluan asas untuk kemasan diri yang biasanya ramai orang terlepas pandang. Mempunyai tambahan di homestay, akan memastikan tetamu anda bersih dan gembira.



Pengecas Telefon - Perkara yang paling tragis untuk dilupakan! Mempunyai iPhone atau pengecas USB gantian dijamin berguna bagi sesetengah tetamu dengan bateri fon yang mati atau hampir mati.


Peralatan Cuaca - Jika tetamu anda bertandang pada masa cuaca yang sangat panas, pelindung matahari dan topi adalah lebih baik untuk di sediakan. Untuk musim hujan, yang lebih mudah basah, payung atau baju hujan gantian amat berguna. Bukan sahaja untuk tetamu malah untuk anda juga. Tak lah terlalu kotor lantai homestay anda nanti.


Peta - Kadang-kadang Google Map atau Waze gagal berfungsi. Bila ia berlaku, ianya bagus untuk mempunyai peta fizikal bagi membimbing tetamu anda ke kawasan terdekat yang ada WiFi dengan mudah dan cepat. Untuk menambahkan lagi keterujaan tetamu, sediakan lah juga peta lokasi tarikan tempatan yang menyeronokkan atau tempat makan yang best. Mereka pasti berpuas hati!


Kit Pertolongan Cemas - Samaada tetamu anda mengalami kecederaan ringan di homestay atau di luar dan memerlukan rawatan segera, peti pertolongan cemas yang anda sediakan memang akan sangat-sangat membantu.

Botol Guna Semula - Ini sangat membantu untuk tetamu yang menyewa dalam tempoh masa yang panjang. Sangat bagus untuk memelihara alam sekitar, selain memberikan kemudahan kepada mereka menyimpan bekalan air minuman yang cukup semasa travel.

Panduan Bahasa - Ini sangat berguna andai nanti homestay anda menerima kunjungan tetamu dari luar negara. Anda perlu tahu yang salah satu perkara terbaik tentang perjalanan ke negara asing adalah memahami bahasa mereka. Tiada siapa yang mengingati untuk membawa buku frasa atau kamus terjemahan, tetapi mempunyai satu di homestay anda boleh membantu tetamu anda selesakan diri. Selain boleh memberi inspirasi kepada mereka untuk belajar dan menyelami budaya kita!


****
Alhamdulillah, inilah 7 item yang jika anda sediakan di homestay anda, insha allah dapat menjadi salah satu tarikan dan menimbulkan kelainan homestay anda di mata tetamu. Sekaligus, menjadi satu bentuk promosi untuk tingkatkan sales homestay anda.

Sebenarnya, apa yang kami tulis ini hanyalah 3% dari perkongsian kaedah promosi yang ada dalam ebook panduan homestay tulisan tuan Faridil Atras.

Jika anda berminat untuk dapatkan lebih banyak tips dan cara mempromosikan bisnes homestay anda dengan betul dan berkesan, anda boleh lah dapatkan ebook panduan homestay tu. Klik sahaja pada link di bawah.

Comments

Popular posts from this blog

7 LAMAN WEB PERCUMA UNTUK MEMPROMOSIKAN HOMESTAY ANDA SECARA ONLINE!

Assalamualaikum & salam hormat ðŸ˜Š Terima kasih kerana berminat. Dalam artikel kali ini, kami nak dedahkan pada anda 7 laman web yang boleh memberikan alternatif kepada anda, pemilik homestay, untuk mempromosikan homestay anda secara online. Sebenarnya, selain AirBnb, ada banyak lagi laman web yang boleh membantu anda untuk menyewakan rumah yang anda miliki sebagai penginapan homestay. Jom semak senarai di bawah! Ada 7 website kesemuanya. 1. Booking.com Booking.com dimiliki dan dikendalikan oleh kumpulan Priceline, perintis tempahan penginapan secara online dunia. Lebih 1,000,000 penginapan disediakan dalam Booking.com setiap hari. Tiada yuran pendaftaran dikenakan dan anda disediakan dengan bantuan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu dalam pelbagai pilihan bahasa. Jadi, dengan mudah anda boleh senaraikan homestay anda. Untuk mendaftar di Booking.com, klik di sini ! 2. Hostel Hunting.com Hostel Hunting adalah pasaran dalam talian unt...

MEMPROMOSIKAN HOMESTAY KINI LEBIH MUDAH DENGAN MICROSOFT WORD!

Assalamualaikum & salam hormat ðŸ™‚ Artikel kali ni, kami nak kongsikan pada anda tutorial step by step, bagaimana untuk anda design sendiri flyers homestay anda bagi tujuan promosi. Artikel ni amat sesuai untuk anda yang kurang bajet untuk sediakan bahan promosi. Ini kerana, upah profesional untuk design flyers ni pun dah beratus kat luar sana. Jadi, jalan mudahnya, anda buat sahaja sendiri menggunakan template MS Word. Anda ikut sahaja tutorial ini satu persatu. Ianya sangat mudah, di mana kami hanya bermain dengan fungsi 'shapes' yang dah sedia ada dalam MS Word ni sahaja. Tak perlu install software lain pun. Anda dah bersedia? Jom kita mulakan dengan bismillah! 😊 Step 1 - Kumpul Maklumat Sebelum anda nak design flyer untuk homestay anda, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah apa yang nak diletakkan dalam flyer tu nanti. Jadi, di sini kami senaraikan apa yang perlu anda sediakan sebelum mula design flyer untuk bisnes homestay anda. ...

2 LANGKAH MUDAH UNTUK HADAPI RISIKO KEROSAKAN DAN KECURIAN DI HOMESTAY!

Assalamualaikum & salam hormat 😊 Semalam saya dapat email dari salah seorang pemilik homestay yang menyatakan dia sudah serik menjalankan bisnes homestay kerana homestay beliau pernah dirosakkan oleh penyewa. Sememangnya, ini adalah antara perkara yang paling ditakuti oleh pemilik-pemilik homestay!  Rumah yang disewakan kena sabotaj dan dijahanamkan oleh penyewa yang tidak bertanggungjawab. Kerusi patah, pintu pecah, kabinet ditanggalkan, barang-barang elektrik hilang kena angkut, pinggan mangkuk semua pecah, sinki tercabut, aircond hilang dan pelbagai lagi perkara yang menyebabkan kerugian beribu-ribu ringgit kepada pemilik homestay. Tidak dinafikan, perkara ini memang ada terjadi. Tetapi, keberangkaliannya berlaku adalah sangat kecil. Saya tidak ada statistik berkenaan hal ini, tetapi dari pengalaman saya mengusahakan homestay dan menerima beribu penyewa. Alhamdulilah, tiada kerosakan besar yang saya alami. Sekadar kerusi patah tu pernahlah, itupun b...