Skip to main content

KETAHUI 2 FAKTOR YANG MENJADIKAN HOMESTAY ANDA HOT!



Assalamualaikum & salam hormat 🙂

Apa khabar? Diharapkan anda sentiasa di dalam keadaaan sihat dan gembira!

Minggu lepas, homestay saya dapat tempahan pelawat dari Perancis! Tempahan tersebut saya dapat dari web AirBnB.

Jika anda masih tidak tahu lagi, AirBnB ni adalah sebuah website yang boleh kita gunakan untuk mengiklankan homestay kita. 

Mudah kata, web AirBNB ni macam website Mudah.my lah, cuma di mudah.my tu kita boleh jual apa sahaja, tetapi di web AirBnB ini, ia fokus hanya untuk homestay, hotel dan tempat penginapan sahaja.

Baiklah! Sambung cerita pasal tetamu dari perancis tadi, beliau telah menempah homestay saya untuk tempoh 5 hari! 

Pada kebiasaannya, pelawat akan check-in sendiri dengan mengambil kunci yang saya letakkan di dalam sebuah kotak yang berpassword. Tetapi disebabkan Stephanie ini tempah 5 hari, maka saya ambil keputusan untuk bertemu dan menyambut kedatangan beliau sendiri.

Sebaik sahaja beliau bersama suami dan 2 anak beliau sampai dan melangkah masuk ke dalam homestay saya, terus anak dia kata, "WOW! Amazinggg", sebabnya, mereka ternampak pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang sangat indah pada waktu malam dari homestay saya.

Oh ya! Homestay saya adalah sebuah kondominium yang terletak di tengah-tengah KL. Itulah antara rahsia bisnes homestay saya, pemilihan lokasi adalah sangat penting untuk kita pilih apabila kita mahu buat bisnes homestay.

Bila Stephanie lihat anak-anak dia seronok dan teruja, beliau kata pada saya, "Seronoklah Fardain Place, biasanya anak-anak saya tak segembira macam ni dan rumah awak pun nampak kemas serta menarik" (dia cakap english lah, saya translate siap-siap)

Bila dia dah puji macam tu, saya pun rasa happy. Tanpa semena-mena, terus saya ajak dia Selfie!
Haha! Maka dapatlah gambar dibawah ni, gambar saya dengan Stephanie sekeluarga.


Lepas dah ok semua, saya pun nak balik lah kan, cakap good night semua, tapi sebelum sempat saya nak melangkah keluar, terus Stephanie kata..

"Kalau saya nak tambah 5 hari lagi duduk disini boleh? Saya akan bayar cash!"

Terus saya kata "Boleh!"

Alhamdulilah, rezeki!

Apa yang menarik lagi.
Esoknya, saya dapat mesej whatsapp dari satu lagi keluarga dari Perancis yang mahu tempah homestay saya untuk 2 malam.

Kathleen namanya, dia kata, dia dapat nombor saya dari Stephanie!

Wow! Syukur, rupa-rupanya, Stephanie telah rekemen homestay saya kepada sahabat beliau Kathleen.

Benda ni kita panggil  "Word of mouth" marketing. Mesti anda dah biasa dengar kan?

"Word of mouth" marketing ni, hanya akan berlaku apabila pelanggan kita betul-betul mengalami perasaan "Wow!" terhadap produk atau perkhidmatan kita.

Pada saya, untuk menghasilkan "WOW Factor" tu!  Dua perkara yang saya akan pastikan ada pada setiap homestay yang saya usahakan ialah..

1. Lokasi yang menarik & strategik!
2. Kebersihan & hiasan dalaman ala-ala IKEA.

Itulah 2 faktor asas yang paling penting apabila kita ingin menjalankan bisnes homestay.


*Kredit: Faridil Atras, pemilik rangkaian homestay Fardain Place.

Jika anda berminat untuk belajar tentang pengurusan homestay, Tuan Faridil Atras ada menyediakan ebook panduan bagaimana nak menjalankan bisnes homestay yang betul dan menguntungkan.










Comments

Popular posts from this blog

7 LAMAN WEB PERCUMA UNTUK MEMPROMOSIKAN HOMESTAY ANDA SECARA ONLINE!

Assalamualaikum & salam hormat ðŸ˜Š Terima kasih kerana berminat. Dalam artikel kali ini, kami nak dedahkan pada anda 7 laman web yang boleh memberikan alternatif kepada anda, pemilik homestay, untuk mempromosikan homestay anda secara online. Sebenarnya, selain AirBnb, ada banyak lagi laman web yang boleh membantu anda untuk menyewakan rumah yang anda miliki sebagai penginapan homestay. Jom semak senarai di bawah! Ada 7 website kesemuanya. 1. Booking.com Booking.com dimiliki dan dikendalikan oleh kumpulan Priceline, perintis tempahan penginapan secara online dunia. Lebih 1,000,000 penginapan disediakan dalam Booking.com setiap hari. Tiada yuran pendaftaran dikenakan dan anda disediakan dengan bantuan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu dalam pelbagai pilihan bahasa. Jadi, dengan mudah anda boleh senaraikan homestay anda. Untuk mendaftar di Booking.com, klik di sini ! 2. Hostel Hunting.com Hostel Hunting adalah pasaran dalam talian unt...

MEMPROMOSIKAN HOMESTAY KINI LEBIH MUDAH DENGAN MICROSOFT WORD!

Assalamualaikum & salam hormat ðŸ™‚ Artikel kali ni, kami nak kongsikan pada anda tutorial step by step, bagaimana untuk anda design sendiri flyers homestay anda bagi tujuan promosi. Artikel ni amat sesuai untuk anda yang kurang bajet untuk sediakan bahan promosi. Ini kerana, upah profesional untuk design flyers ni pun dah beratus kat luar sana. Jadi, jalan mudahnya, anda buat sahaja sendiri menggunakan template MS Word. Anda ikut sahaja tutorial ini satu persatu. Ianya sangat mudah, di mana kami hanya bermain dengan fungsi 'shapes' yang dah sedia ada dalam MS Word ni sahaja. Tak perlu install software lain pun. Anda dah bersedia? Jom kita mulakan dengan bismillah! 😊 Step 1 - Kumpul Maklumat Sebelum anda nak design flyer untuk homestay anda, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah apa yang nak diletakkan dalam flyer tu nanti. Jadi, di sini kami senaraikan apa yang perlu anda sediakan sebelum mula design flyer untuk bisnes homestay anda. ...

2 LANGKAH MUDAH UNTUK HADAPI RISIKO KEROSAKAN DAN KECURIAN DI HOMESTAY!

Assalamualaikum & salam hormat 😊 Semalam saya dapat email dari salah seorang pemilik homestay yang menyatakan dia sudah serik menjalankan bisnes homestay kerana homestay beliau pernah dirosakkan oleh penyewa. Sememangnya, ini adalah antara perkara yang paling ditakuti oleh pemilik-pemilik homestay!  Rumah yang disewakan kena sabotaj dan dijahanamkan oleh penyewa yang tidak bertanggungjawab. Kerusi patah, pintu pecah, kabinet ditanggalkan, barang-barang elektrik hilang kena angkut, pinggan mangkuk semua pecah, sinki tercabut, aircond hilang dan pelbagai lagi perkara yang menyebabkan kerugian beribu-ribu ringgit kepada pemilik homestay. Tidak dinafikan, perkara ini memang ada terjadi. Tetapi, keberangkaliannya berlaku adalah sangat kecil. Saya tidak ada statistik berkenaan hal ini, tetapi dari pengalaman saya mengusahakan homestay dan menerima beribu penyewa. Alhamdulilah, tiada kerosakan besar yang saya alami. Sekadar kerusi patah tu pernahlah, itupun b...