Assalamualaikum & salam hormat 🙂
Dalam artikel ini, admin rasa terpanggil untuk kongsikan satu kisah rakan admin, yang mana merupakan salah seorang pengusaha homestay di Malaysia ni. Kami kenal melalui urusan bisnes. Dan sehingga harini, walaupun jarang bertemu, kami selalu update perkembangan bisnes masing-masing melalui Facebook & email.
Baru-baru ini beliau ada kongsikan bagaimana beliau berjaya menguruskan homestay hingga menjadi rebutan pelawat untuk menempah. Bukan sehari atau dua hari, tetapi berhari-hari! Ini sedikit bukti homestay beliau menerima tempahan berhari-hari.
Baiklah, kisah ini mungkin boleh jadi inspirasi dan memberikan jalan keluar pada orang lain. Namun begitu, artikel kali ini agak panjang sikit, sebab kisah ini admin ambil direct dari perkongsian beliau. Admin harap anda boleh sabar, baca sampai habis ya. Penat rakan admin tulis ni. Haha!
Ceritanya macam ni...
Tahun 2014 adalah tahun dimana saya buat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan dengan memulakan bisnes homestay.
Alhamdulillah, dalam masa 4 tahun saya menjalankan dan menguruskan bisnes homestay ini, saya telah berjaya mengembangkan rangkaian homestay saya ini dari 1 buah sewaktu bermula, kepada 8 buah homestay di seluruh Malaysia.
Pelanggan-pelanggan yang menetap di homestay saya juga bukanlah sekadar rakyat Malaysia, tetapi ada yang datang dari Perancis, Korea, Mesir, Jepun, China, US dan banyak lagi dari serata dunia.
Izinkan saya share beberapa keping gambar homestay saya dan juga gambar saya bersama pelanggan-pelanggan yang pernah bermalam di homestay saya.
Alhamdulillah, sepanjang tempoh 4 tahun ini juga, homestay saya telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan, antaranya, Anugerah Superhost Oleh pihak AirBnB pada tahun 2015 dan Anugerah Guest Review dari pihak Booking.com pada tahun 2017.
Tak dinafikan, mengurus homestay ini memang ada banyak juga cabarannya.
Cabaran yang paling besar, adalah untuk mendapatkan pelanggan dan memastikan homestay kita sentiasa penuh dan mendapat tempahan.
Paling kurang, dalam sebulan, perlu dapatkan 7 hari tempahan, barulah balik modal dan berbaloi orang kata. Tapi, Alhamdulilah, secara purata homestay saya mendapat tempahan sekitar 25-30 hari setiap bulan.
Ini sedikit bukti screen shoot tempahan yang saya perolehi dari web AirBnB untuk homestay saya! Boleh dikatakan, hampir setiap bulan, ianya hampir penuh dengan tempahan!
Tapi tengok keadaan juga la. Contohnya, macam hujung tahun, ketika musim cuti sekolah, selalunya memang akan penuh! Full 30 hari orang booking.
Manakala pada musim-musim biasa, kadar tempahan yang saya terima adalah sekitar 25 hari untuk setiap bulan.
Sepanjang saya menguruskan homestay ini, memang pelbagai pengalaman dan ragam manusia yang saya temui. Maklumlah, homestay saya ini bukan sahaja ditempah oleh rakyat Malaysia, tetapi ia juga turut menjadi pilihan pelawat-pelawat dari luar negara. Semuanya ada perangai dan karenah masing-masing.
Namun begitu, alhamdulillah dengan menggunakan dokumen dan sistem pengurusan yang betul, semua masalah yang muncul, dapat diurus dan ditangani dengan lancar dan baik.
Pernah pada satu masa tu, 2 orang sekali tempah pada hari yang sama! Bayangkan, dalam satu hari tu, tiba-tiba, ada 2 keluarga berbeza datang nak masuk rumah yang sama. Dua-dua dah tempah dan bayar! Memang haru jadinya masa tu!
Memang saya akui, masa tu, cara saya urus homestay masih berterabur lagi. Jadi, tak perasan terbuat double booking.
Selepas kejadian tu, barulah saya tekad dan mencari jalan membina sistem pengurusan yang lebih teratur!
Baru-baru ni pula, kisah saya dipaparkan di suratkhabar. Sejak dari tu, memang banyak pertanyaan yang saya terima dari rakan-rakan dan pengusaha homestay yang lain!
Macam mana boleh dapat pelanggan bertubi-tubi? Macam mana nak buat iklan?Sesuai ke rumah saya untuk buat homestay? Macam mana nak hias homestay agar nampak cantik dan ekslusif? Perlu ke sediakan tuala dan sabun di homestay? Macam mana nak elak pelanggan curi atau rosakkan barang?
Pada mulanya, saya cuba juga layan dan jawab satu-persatu persoalan tersebut di facebook dan whatsapp. Namun begitu, semakin hari, semakin banyak soalan yang ditanya dan semakin ramai yang bertanya soalan yang sama berulang-ulang kali.
Pada mulanya, saya cuba juga layan dan jawab satu-persatu persoalan tersebut di facebook dan whatsapp. Namun begitu, semakin hari, semakin banyak soalan yang ditanya dan semakin ramai yang bertanya soalan yang sama berulang-ulang kali.
Maka dari situ, tercetuslah idea saya untuk kumpulkan semua persoalan itu dan saya jawab semua persoalan tersebut di dalam bentuk ebook panduan secara langkah demi langkah.
Untuk memudahkan pemahaman, saya telah pecahkan isi kandungan ebook tersebut kepada 6 bahagian!
Bahagian 1 - Pemilihan & Pemilikan Homestay
Saya terangkan bagaimana untuk mengenalpasti lokasi homestay yang HOT dan bagaimana untuk menjalankan bisnes homestay tanpa perlu anda membeli hartanah di kawasan tersebut
Bahagian 2 - Mempersiapkan Homestay
Segala peralatan dan bajet untuk menyediakan sebuah homestay, saya perincikan di dalam bahagian ini!
Bahagian 3 - Pemasaran Homestay
Ini adalah bahagian yang paling kritikal, iaitu cara untuk mempromosi dan mendapatkan pelanggan. Ada 9 cara yang boleh kita lakukan. Setiap cara saya kupas di dalam bahagian ini dengan terperinci.
Bahagian 4 - Pelanggan Check-in
Macam mana nak sambut tetamu? Apa dokumen yang perlu diberikan ketika mereka check-in? Bagaimana tetamu boleh self check-in tanpa perlu kita berada di homestay sewaktu mereka sampai? Semua trik tersebut saya ceritakan di dalam bahagian ini.
Bahagian 5 - Pelanggan Check-out
Selepas pelanggan check-out, banyak juga perkara yang perlu dilakukan sebelum pelanggan yang seterusnya masuk. Jika perkara ini tidak diurus dengan baik, pelanggan yang masuk seterusnya, mungkin tidak akan berpuas hati dengan homestay kita.
Bahagian 6 - Mengembangkan Bisnes Homestay
Ini rahsia sulit! Saya tunjukkan strategi saya, bagaimana saya kembangkan bisnes homestay saya dari 1 unit kepada 8 unit dalam masa 4 tahun sahaja!
Setiap bahagian pula terbahagi kepada beberapa bab. Secara keseluruhan, ebook ini mengandungi 27 Bab kesemuanya dengan jumlah mukasurat sebanyak 115 mukasurat.
Selain itu, saya juga sediakan 4 buah bonus tambahan seperti senarai di bawah untuk memantapkan lagi ilmu anda dalam menjalankan dan menguruskan bisnes homestay ni.
• Template dokumen pengurusan homestay
• 5 teknik extra income
• 10 rahsia pelaris homestay
• Facebook group support
Selain itu, saya juga sediakan 4 buah bonus tambahan seperti senarai di bawah untuk memantapkan lagi ilmu anda dalam menjalankan dan menguruskan bisnes homestay ni.
• Template dokumen pengurusan homestay
• 5 teknik extra income
• 10 rahsia pelaris homestay
• Facebook group support
Ianya sangat padat dan lengkap. Saya pasti, ia akan dapat membantu anda, para pemillik homestay, menguruskan bisnes homestay anda dengan lebih teratur dan berjaya!
Pelaburan yang anda keluarkan untuk mendapatkan ilmu ini pun sangat berbaloi. Ilmu yang anda dapat anda boleh pakai sampai bila-bila, takkan habis.
Jika anda berminat, boleh klik link berikut untuk tempah dengan harga istimewa!
(Kisah di atas telah dikongsikan oleh rakan admin, Faridil Atras, pemilik kepada rangkaian homestay Fardain Place)
Comments
Post a Comment